heh…sebenarnye selepas membace message yg di post oleh ateeq dalam bulletin board tadi..tetibe je rase nak sentuh pasal mende ni ….ramai yang kate mawi best sebab die qari, die bilal die nak gadis bertudung as his future wife…tapi tak terfikir ke..gadis2 di luar sane…adekah anda rela bersame dengan seorang lelaki yang terlalu bebas pergaulannye…yang mengejutkan..para intelek melayu muda juge terpengaruh dengan perkara2 picisan ini…huhu…sedapnye mengutuk…well..secara logiknye…apela sangat kelebihan mawi tu? …yela…saye pernah menonton diari AF mase kelas marlia musa…nampak la si mawi ni memang la tak bersentuh dengan pelajar2 wanita AF yang laen…tapi…lame kelamaan nampak perubahannye…contohnye concert AF baru2 ini…saye salah ke??
okla..tak kisah la..tapi kenape mawi ini diagung2kan??sampaikan dalam perhimpunan UMNO baru2 ni pon…penangan mawi terus-terusan berlaku..bagi saye..setakat mawi..tak layak lagi untuk disebut2 namenye didalam satu perhimpunan besar yang bertujuan untuk membincangkan mengenai agenda melayu…belum ade ape yang dibuktikan oleh mawi…betul tak??suara pon bukannye bagus sangat…ade ramai lagi yang bagus2…mungkin ade yang kate…saye tak tau pape sbb tade astro….tp sekarang dunia tanpa sempadan..internet kan ade…??saye tengok jugakla…ape la yang bestnye…tp in the end..tade pape pon..buang mase tgok pelajar menagis2 berpeluk2 lelaki dan perempuan…tu ke yang kita nak tengok??….sebagai seorang intelektual..kita pasti dapat bezakan baik dan buruknye…memetik kata2 ketua penerangan puteri UMNOI.Shahaniza Shamsudin…"golongan muda kita lalai dengan rancangan seperti AF ….kami memahami pasaran dan rancangan realiti tv memberi pelaburan yang baik dan mengembalikan keuntungan tv..namun, implikasinya tidak memberi anjakan positif ke arah merealisasikan melayu global dan berpesonalti unggul"…
lupekan mawi..kita ade otak..masing2 boleh pikir baik buruk..ehe..nak sebut skett pasal perhimpunan UMNO baru2 ni…politik skett..antara perkara yang paling banyak disentuh dalam perhimpunan kali ini adalah mengenai pendidikan orang2 melayu…dah name pon UMNO…hehe….okla sebut pasal meritokrasi..erm…menurut kata2 ketua penerangan UMNO bahagian batu pahat..(uhu kampung ku)..Dr Mohd Puad Zarkashi .."kalau meritokrasi ternyata tidak menguntungkan agenda melayu, tunggu apa lagi? tarik balik, rentap saja.jangan nanti hak kita dirampas, kesejahteraan kita dipangkas dan masa depan kita terkandas"
Actually Dr Mohd Puad Zarkashi membidas menteri pelajaran tinggi mengenai kemerosotan jumlah pelajar bumiputera dalam bidang kritikal di 17 universiti awam yang merosot semenjak 4 tahun lalu…tapi kehendak asal atau sistem meritokrasi ni adalah untuk didik orang melayu supaya berbudaya berdaya saing…secare logiknya…kite lihat banyak keburukan tapi jika dipandang dari sudut positif…contohnya jika sistem kuota dilaksanakan, 65% pelajar melayu akan mendapat tempat di Universiti awam. contohnya jika ada 1000 tempat…650 pelajar melayu akan mendapat tempat di universiti2 di malaysia…tetapi jika sistem meritokrasi ini dijalankan…jika pelajar melayu bersungguh2 jumlah 650 ini boleh ditingkatkan…tetapi…bagi saya…pelajar melayu masih belum mampu…kerana kita masih baru hendak bermula…tapi apekan daya…kite terpaksela menyahut cabaran…hidup mesti diteruskan..jangan mengaku kalah..
pastu last issue…issue 30% ekuiti bumiputera dalam DEB….dalam persidangan UMNO juga…hal ini di bangkitkan…tapi saye tertarik dengan kata2 Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik dalam paper hari ni…."walaupun gagal dalam satu bahagian, orang melayu dan bumiputera harus menelitii kesan positif DEB terutamanya ramai tenaga profesional seperti doktor, peguam, jurutera….pencapaian ini harus dibanggakan"
perkataan gagal tu macam satu cabaran yang orang melayu kene amik iktibar…dan last skali…memetik kate beliau…sudah tiba kerajaan mengajar usahawan melayu menjadi kaya dan mengekalkan kekayaan serta tidak bermegah membeli kenderaan untuk bermegah.
"ajar meraka cara berniaga, berikan mereka peluang seluas-luasnya untuk menjadi kaya dan juga cara mengekalkan kekayaan dan menambah kekayaan.jika tidak bagi dia kekayaan dia belanja habis. sampai 30% turun 20%, sampai 20% turun 15%. ini menunjukkan orang yang tak boleh simpan kekayaan"
erm…so…ape lagi??kite kenela sahut cabaran…kitala orang2 itu….huhu…well tu jela…yang baik dijadikan tauladan…yang buruk dijadikan sempadan….;p